Pakej Istimewa Pembelajaran dan Penilaian Online

Online UPSR, SPM and PMR trial Exam

Testimoni Pelajar:
Lihat kesemua Testimoni
klik disini

Testimoni Ibubapa & Guru:
Lihat kesemua Testimoni
klik disini

Quote:

 

Pandangan Pakar Teknologi Pendidikan Mengenai Kaedah Ibu Bapa Membantu Anak Mereka Belajar


Ini adalah sebuah laporan khas mengenai kaedah-kaedah yang menbolehkan ibubapa membantu anak-anak mereka belajar dengan lebih efisien.

Laporan ini disediakan oleh Prof. Madya Dato' Dr. Hj. Abd Rahman Bin Daud, Pakar Teknologi Pendidikan.

Untuk download laporan khas ini, sila klik butang download dibawah.


(PDF Format)


Anda juga boleh baca laparon khas ini di bawah.

TAJUK: Kaedah Terbaik Ibubapa Membantu Anak-Anak Belajar

OLEH: Prof. Madya Dato' Dr. Hj. Abd Rahman Bin Daud, Pakar Teknologi Pendidikan

Setiap ibubapa pasti akan mengharapkan anak-anak mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Komitmen ini jelas apabila setiap ibubapa pasti berusaha dan cuba memilih sekolah yang terbaik untuk anak-anaknya belajar walaupun kedudukannnya agak jauh dari rumah mereka.Ibubapa juga sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas-kelas tuisyen selepas waktu persekolahan . Komitmen ibubapa akan bertambah jika ada anak-anak mereka yang akan menduduki peperiksaan utama ( UPSR , PMR dan SPM ) pada tahun berkenaan.

Kelas-kelas tuisyen yang dijalankan sekarang lebih berkonsepkan kelas tambahan untuk membolehkan pelajar-pelajar memahami apa yang diajar oleh guru di sekolah.Walau pun kos yang dikenakan oleh kelas-kelas tuisyen pada hari ini begitu tinggi sekali dimana secara puratanya , yuran tuisyen di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur adalah antara RM 100 - RM 120 sebulan bagi 4 subjek untuk 2 sesi seminggu dimana setiap sesi adalah selama 2 jam. Kebiasaannya setiap kelas akan mengandungi 30 orang pelajar.

Amalan kelas tuisyen ialah guru subjek akan menerangkan kepada pelajar berpandukan soalan-soalan tutorial yang disediakan.Disamping itu guru tuisyen juga akan memberi penjelasan jika terdapat sebarang soalan daripada pelajar.Inilah kaedah kelas tuisyen yang diamalkan sekarang.Namun impak sebenar kelas tuiyen ini banyak bergantung kepada penglibatan pelajar itu sendiri semasa dalam kelas .Jika beliau seorang yang aktif dan rajin bertanya mungkin dia akan mendapat faedah yang maksimum.Manakala bagi pelajar-pelajar yang kurang aktif dan agak pendiam adalah sukar untuk menilai tahap kefahaman mereka walau pun di kelas tuisyen.

Pernahkah ibubapa bertanya soalan-soalan berikut :

  • Adakah terdapat peningkatan ketara selepas anak-anak menghadiri kelas tuisyen sejak sekian lama?
  • Adakah peningkatan itu dapat dibuktikan secara fakta?
  • Adakah ibubapa sentiasa memantau prestasi anak-anak sepanjang mereka menghadiri kelas tuisyen ?
  • Adakah ibubapa berpuas hati dengan pencapaian anak-anak setelah sekian lama mereka menghadiri kelas tuiysen ?
  • Adakah ibubapa cukup yakin bahawa anak-anak kini telah bersedia untuk menduduki peperiksaan dan mampu mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR / PMR / SPM nanti?
  • Jika prestasi anak-anak masih belum menyakinkan ,adakah ibubapa tidak mahu berbuat apa-apa lagi selain daripada menghantar anak-anak menghadiri kelas tuisyen , sebaliknya hanya menghitung hari dan hanya menunggu hari peperiksaan tiba dan menyerahkan kepada takdir sahaja?
  • Program berbentuk motivasi dan teknik menjawab soalan yang begitu banyak dipromosikan oleh berbagai pihak pada masa ini dengan kos purata RM 100 hingga RM 150 seorang untuk program selama 1½ hari. Kebiasaannya pelajar diberi sijil.Persoalannya adakah program seperti ini benar-benar berkesan jika pelajar itu sendiri masih belum menguasai sukatan pelajarannya? Mereka mungkin tahu kaedah untuk menjawab soalan tetapi bagaimana dengan fakta?

Mengikut kajian , kaedah pembelajaran kendiri atau 'self learning method' iatu berasaskan kemampuan sebenar seseorang individu adalah pendekatan yang terbaik dan paling berkesan untuk setiap pelajar dimana pelajar belajar berdasarkan kemampuan mereka sendiri .Itulah sebabnya pelajar-pelajar yang rajin berusaha sendiri seperti pelajar-pelajar di sekolah-sekolah berasrama penuh yang wajib belajar sendiri di kelas pada setiap malam sekurang-kurangnya untuk tempuh 2 jam. Mereka akan menyiapkan kerja-kerja sekolah dan membuat banyak latihan sebagai kaedah mengulangkaji pelajaran. Program Tutor.com.my adalah kaedah pembelajaran online yang komprehensif ,interaktif dan beroperasi secara online sepenuhnya. Ia merupakan modul pembelajaran yang lengkap dan paling popular dikalangan pelajar-pelajar sekolah.

Proses pembelajaran akan berlaku dengan berkesan jika pelajar-pelajar :

  • Berminat dan suka untuk belajar
  • Menguasai konsep dan teori setiap topik bagi setiap subjek dengan baik .
  • Pelajar sentiasa menguji kemampuan mereka berdasarkan topik dengan sentiasa membuat latihan yang berpandukan format peperiksaan terkini.
  • Pelajar sentiasa memantau kelemahan yang masih dihadapi dengan mengkaji laporan
  • prestasi pencapaian mereka sendiri secara konsisten dan berterusan.
  • Pelajar mengenalpasti topik yang mereka agak sukar menguasainya dengan membuat latihan lanjutan mengenai topik-topik tersebut dan kemudian menganalisis kad laporan prestasi semasa mereka.
  • Pelajar perlu melepasi tahap 80% yang ditetapkan untuk setiap latihan bagi memastikan mereka mampu mencapai pangkat A dalam semua subjek.
  • Pelajar meneliti komen dan ulasan guru mengenai kaedah menjawab atau memahami kenapa sesuatu jawapan itu betul.
  • Langkah terakhir ialah pelajar berpeluang menduduki peperiksaan percubaan dan cuba mencapai pangkat A dalam semua subjek.
  • Ibubapa dan guru turut memantau prestasi pelajar secara sistematik sepanjang masa dan memberi dorongan untuk mereka terus berusaha.

KAEDAH YANG DISYORKAN

Jika anak anda adalah dalam kategori 'average student' , ibubapa perlu membantu mereka dengan menggunakan kaedah yang telah dibangunkan dan diuji sejak 5 tahun yang lalu dan disokong oleh Bahagian Sekolah ,Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai ' enhancement programs' untuk membantu pelajar.

Kaedah yang dimaksudkan ialah Program Tutor.com.my iaitu satu kaedah pembelajaran yang lengkap dan komprehensif dan beroperasi secara online.

Program ini mengandungi kesemua ciri-ciri pembelajaran yang berkesan seperti diterangkan di atas manakala bahan-bahan pengajaran disediakan oleh guru-guru pakar yang bertaraf pemeriksa yang bukan sahaja mahir dengan kaedah mengajar dan menilai pelajar tetapi mereka turut membimbing pelajar.Program ini pula dibangunkan dengan perisian komputer yang canggih dan efisien.

Secara konsepnya , Program Tutor.com.my adalah satu kaedah pembelajaran yang begitu berkesan dan amat mudah digunakan oleh setiap pelajar dan mengandungi ciri-ciri penting seperti berikut :

  • Beroperasi secara online sepenuhnya dan boleh diakses melalui intranet yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk semua makmal komputer sekolah iaitu SchoolNet.
  • Boleh digunakan 24 jam sehari dan dimana jua pelajar berada samada di sekolah ataupun di rumah.
  • Lengkap dan terkini sebagaimana sukatan pelajaran yang digunakan di sekolah.
  • Meliputi tahap dari tahun 1 hinggalah tingkatan 5.
  • Merangkumi semua subjek utama iaitu 4 subjek untuk peringkat UPSR , 6 subjek untuk peringkat PMR dan 8 subjek untuk peringkat SPM.
  • Mengandungi lebih 75,000 bank soalan lengkap dengan jawapan dan panduan guru.
  • Lengkap dengan nota yang ringkas , tepat dan menarik dan mudah difahami
  • Merangkumi kedua-dua bentuk soalan samada objektif dan subjektif.
  • Menawarkan khidmat guru siber meliputi semua subjek dimana pelajar akan menerima ulasan dan tips dari guru secara online yang dibuat melalui emel pelajar.
  • Ibubapa dapat memantau prestasi pelajaran anak-anak mereka sepanjang masa dan dimana juga mereka berada .Melalui cara ini mereka dapat mengenalpasti kelemahan anak-anak sejak awal lagi dan membantu mereka sejak peringkat awal tanpa menunggu hari peperiksaan tiba.
  • Amat sesuai untuk pelajar-pelajar yang lemah dan sederhana dan kesannya akan dapat dilihat secara sahih dalam masa kurang seminggu.
  • Pelajar-pelajar yang menggunakan Program e-Tuition ini akan mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan mereka akan mengamalkan budaya ICT dalam pembelajaran mereka setiap hari.
  • Pelajar turut berpeluang menduduki peperiksaan percubaan yang mirip kepada peperiksaan sebenar melalui Program e-Trial Exam yang ditawarkan secara percuma kepada setiap pelajar.
  • Pelajar akan sentiasa bersedia untuk menduduki peperiksaan (exam readiness) dengan keyakinan yang tinggi mampu mencapai keputusan cemerlang.

BERAPA BANYAK KOS YANG PERLU IBUBAPA LABUR UNTUK MELANGGAN PROGRAM TUTOR.COM. MY ?

Harga pasaran untuk melanggan program ini ialah RM 120.00 setahun bagi setiap pelajar untuk satu tahap . Secara perbandingan kos langganan dengan produk-produk lain dan juga dengan pesaing terdekat adalah seperti berikut ?

Analisis kos :

Kelas Tuisyen Biasa
Bagi kawasan bandar seperti Kuala Lumpur , secara puratanya yuran yang dikenakan ialah RM 120 setahun bagi setiap pelajar. Kos ini adalah amat munasabah untuk 2 sesi seminggu dimana setiap sesi selama 2 jam . Jika mengambilkira 4 subjek yang ditawarkan bermakna jumlah yuran tahunan ialah RM 1,200 setahun.

Portal Syarikat Pesaing
Portal yang ditawarkan oleh syarikat pesaing ini hanya terhad kepada soalan-soalan objektif sahaja dan tidak mengandungi soalan subjektif ,nota , panduan guru ,tanpa e-Trialexam dan khidmat guru siber.

Yuran langganan yang dikenakan ialah RM 700 setahun untuk pakej yang hampir sama.Ini bersamaan dengan RM 69.00 sebulan.

Portal Tutor.com.my
Portal ini dikendalikan oleh anak syarikat Kumpulan Utusan Melayu yang memang berpengalaman luas dalam pendidikan . Kos asal yang dikenakan ialah sebanyak RM 349 setahun tetapi kini ditawarkan hanya pada kos RM 120.00 setahun atau hanya RM 10 sebulan .

Sungguh pun kos untuk melanggan program ini hanya RM 120 setahun tetapi pakej yang ditawarkan begitu komprehensif iaitu termasuklah e-books , e-Trialexam , khidmat Cyberguru , panduan guru pakar dan nota.

Setakat ini portal Tutor.com.my adalah yang paling lengkap , paling komprehensif dan ditawarkan pada yuran langganan terendah.

Jikadibandingkan dengan kos sebuah buku kerja yang agak lengkap, harga jual mungkin kira-kira RM 20 sebuah untuk satu subjek. Jika diambil contoh untuk peringkat PMR , pelajar mungkin terpaksa berbelanja sehingga RM 100. Sungguh pun kosnya hampir menyamai dengan kos langganan Tutor.com.my tetapi ciri-ciri pembelanjaran yang ditawarkan amatlah jauh berbeza.

Pada pendapat saya sebagai ibu bapa ,anda tidak perlu ragu-ragu lagi ,laburlah sebanyak RM 120 setahun untuk melanggan program ini untuk anak anda.Jika anak anda bersedia mengulangkaji secara online ,anda akan mendapati peningkatan mendadak akan berlaku hanya dalam masa 2 bulan sahaja. Ibu bapa boleh melihat sendiri pencapaian sebenar anak mereka melalui e-kad laporan yang disediakan. Kad ini akan merekod secara jelas setiap kali pelajar itu menghantar latihan yang mereka buat.

Anak anda akan menunjukan minat mendalam untuk belajar secara konsisten dan membuat persediaan awal melalui Tutor.com.my. Anak anda sebenarnya belajar berdasarkan tahap keupayaan mereka sendiri dan mereka sendiri memantau prestasi mereka menggunakan maklumat yang direkodkan dalam e-Kad Laporan.Amda boleh mencetak dan membuat analisis sendiri jika anda mempunyai akses kepada program tersebut .

Perbelanjaan harian bagi sebuah keluarga mungkin mencecah RM 30 sehari iaitu merangkumi berbagai perbelanjaan asas seperti belanja dapor , belanja anak di sekolah , minum pagi , makan tengahari dan makan malam .

Perbandingan kos secara terperinci adalah seperti berikut :

PERBANDINGAN KOS

RUMUSAN

Setiap ibubapa perlu menyedari betapa pentingnya pelajaran untuk masa depan anak-anak mereka dan betapa perlunya ibubapa membantu anak-anak untuk memastikan mereka mampu mencapai kejayaan cemerlang.

Jika ibubapa atau PIBG sanggup membelanjakan RM 120.00 setahun untuk setiap pelajar maka setiap pelajar akan dapat melanggan program ini dan menggunakannya. Setiap pelajar akan mendapat kata laluan ( ID ) dan nama nama pengguna.

Untuk maklumat lanjut dan perbandingan kos, sila layari halaman web berikut:

www.etuition.com.my

www.trialexam.com.my

www.tutor.com.my


BUATLAH KEPUTUSAN YANG BIJAK HARI INI.

Hanya dengan RM 120.00 setahun, anda sebagai ibubapa mampu mengubah masa depan anak-anak anda.

Fikir-fikir dan renung-renungkan pengesyoran ini.


Oleh:-
PROF. MADYA DATO' DR HAJI ABD RAHMAN BIN DAUD
Pengerusi Program Kecemerlangan Pendidikan

 


Laman Utama - tutor.com.my - KTU Cyber Club - KTU Cyber Guru - Produk Kami
Profil Kami - Galeri KTU - Berita KTU - Hubungi Kami

Copyright © 2007 KTU Dotcom Sdn. Bhd. All rights reserved.

PENAFIAN :
KTU Dotcom Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul kerana penggunaan maklumat yang terdapat dalam website ini.

design & developement by Interactive Solutions House