Prof Madya Dato' Dr Abd Rahman Daud dilahirkan pada 19 hb Februari,1951 di Perlis.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra daripada
1969-1970 sebelum melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya pada tahun 1971 dan
mendapat Diploma Pendidikan pada tahun 1975. Pada tahun 1989, beliau melanjutkan
pelajarannya ke peringkat sarjana dan Berjaya mendapat
Sarjana Lengkap ( Drs ) daripad Universiti Nasional Indonesia. Beliau seterusnya melanjutkan lagi pelajarannya ke
peringkat sarjana dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Pendidikan daripada Universiti
Kebangsaan Malaysia ( UKM ) pada tahun 1992. Dalam tahun 1999, beliau dianugerahkan
Ijazah Doktor Falsafah ( Ph.D ) juga daripada UKM.
Prof Madya Dato' Dr. Abd Rahman adalah merupakan seorang tokoh pendidik dan beliau
mengkhususkan pengajarannya dalam bidang Teknologi Pendidikan, Rekabentuk Pengajaran
dan Bahan dan Sumber Pengajaran.
Beliau pernah menjadi seorang guru dari tahun 1975 hingga 1986 sebelum berkhidmat sebagai
Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidkan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
daripada tahun 1986 hingga 1989.
Beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Universiti Terbuka Malaysia ( UNITEM ),
Kuala Lumpur pada tahun 2000 hingga sekarang.Disamping UNITEM, beliau yang berkhidmat sebagai
pensyarah kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ), Tanjong Malim sejak tahun 1997
hingga sekarang dan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Pendidikan, UPSI .
Prof Madya Dato' Dr. Abd Rahman yang telah mencapai umur persaraan wajib pada tahun 2006
terus aktif sebagai pensyarah ( kontrak ) hingga sekarang.
Minat beliau yang begitu mendalam dalam bidang pendidikan menyebabkan Prof Madya Dato' Dr.
Abd Rahman terus bergiat cergas dalam beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan
dengan profession perguruan dan pendidikan.
Kini Prof Madya Dato' Dr Abd Rahman terus menggunakan segala pengalaman dan kepakarannya
dalam bidang teknologi pendidikan bagi membangunkan satu sistem e-pendidikan dengan tumpuan
khas kepada pembangunan portal pendidikan yang lengkap dan komprehensif. Wawasan beliau
direalisasikan melalui Syarikat KTU Dotcom Sdn Bhd ( KTU Dotcom ) dimana beliau terus memberi
sumbangan ini sebagai rakan strategik kepada Perfisio Solutions Sdn Bhd ( Perfisio) iaitu
anak syarikat milik penuh Kumpulan Utusan Melayu , Majlis Permuafakatan PIBG Nasional,
Kakak.tua.com Sdn Bhd dan Perbima Corporation Sdn Bhd bagi menjadikan portal pendidikan
tutor.com.my sebagai Portal Pendidikan Nombor Satu Di Malaysia bagi tujuan 'enhancement'
kepada 5.1 juta pelajar di 10,000 buah sekolah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia.