Pakej Istimewa Pembelajaran dan Penilaian Online

Online UPSR, SPM and PMR trial Exam

Testimoni Pelajar:
Lihat kesemua Testimoni
klik disini

Testimoni Ibubapa & Guru:
Lihat kesemua Testimoni
klik disini

Quote:

 

Kata-kata Aluan oleh Pengerusi Eksekutif


Assamualaikum dan salam sejahtera ,

Saya amat gembira dan turut merasa bangga kerana sebuah lagi syarikat bumiputra akan menjadikan teknologi ICT sebagai teras perniagaannya .KTU Dotcom Sdn Bhd ( KTU Dotcom ) ditubukan ketika kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) sedang tercari-cari formula bagaimana teknologi ICT dapat diterap sehingga menjadi satu budaya dikalangan warga sekolah terutamanya guru dan pelajar.Berbagai usaha telah dibuat termasuklah dengan memperkenalkan konsep sekolah bestari ,menubuhkan pusat akses di semua sekolah dan melatih guru-guru secara agresif.

KTU Dotcom bersama dengan rakan-rakan strategiknya seperti Perfisio Solutions , Majlis Permuafakatan PIBG Nasional ,Kakaktua.com dan Perbima Corporation komited dan bersama membangunkan satu sistem e-pendidikan yang dikenali sebagai tutor.com.my . Portal yang serba lengkap ini juga merupakan antara yang paling komprehensif dan amat popular di sekolah. Portal ini mempunyai lebih dari 65,000 bank soalan dan menjadikan 5.1 juta pelajar sekolah sebagai fokus utamanya.

Program e-pembelajaran ini jika digunakan sepenuhnya sebagai bahan 'enhancement' kepada pelajar pasti dapat merapatkan jurang pendidikan antara sekolah di bandar dan luar bandar yang kini begitu ketara.

KTU Dotcom sedang berusaha untuk membuat satu lagi lonjakan dalam sistem pembelajaran di negara ini melalui program e-tuisyen dimana pusat-pusat tuisyen akan menggunakan teknologi ICT sepenuhnya. Guru-guru pakar subjek akan berhubung dengan pelajar secara online.

KTU Dotcom juga komited untuk membantu melahirkan lebih ramai wakil-wakil pemasaran kepada Perfisio bagi memperluaskan penggunaan portal tutor.com.my kepada lebih 5.1 juta pelajar meliputi 10,000 buah sekolah di seluruh negara.

Semoga segala usaha murni ini akan membawa kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara.

Sekian. Terima kasih

PROF MADYA DATO' DR ABD RAHMAN DAUD
10 hb Jun, 2007


 


Laman Utama - tutor.com.my - KTU Cyber Club - KTU Cyber Guru - Produk Kami
Profil Kami - Galeri KTU - Berita KTU - Hubungi Kami

Copyright © 2007 KTU Dotcom Sdn. Bhd. All rights reserved.

PENAFIAN :
KTU Dotcom Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul kerana penggunaan maklumat yang terdapat dalam website ini.

design & developement by Interactive Solutions House