
"Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online
Tutor.Com.My
adalah portal pendidikan yang paling komprehensif dan lengkap sebagai kaedah pembelajaran kendiri.
Latihan secara topikal dapat membantu pelajar memahami apa yang diajar oleh guru dalam kelas.
Ujian penilaian secara online dapat memberi peluang kepada pelajar menguji tahap kefahaman
dalam setiap subjek. Nota dan panduan jawapan yang disediakan memudahkan pelajar membuat
rujukan secara cepat.
Bagi ibu bapa dan guru , saya yakin mereka akan gembira kerana portal ini mengandungi
kaedah pemantauan secara sistematik yang boleh diakses melalui internet pada bila-bila
masa dan dimana juga mereka berada .
Proses pembelajaran menggunakan portal ini begitu menyeronokan dan pelajar akan mendapat
galakan secara berterusan. Jika digunakan secara meluas di sekolah, saya yakin ia dapat
merapatkan jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar. Merupakan kaedah paling
cepat dan berkesan untuk menyemai budaya celik komputer dikalangan pelajar dan warga sekolah.
Kos langganan bersamaan dengan RM 10.00 sebulan untuk semua subjek utama adalah munasabah
dan kebanyakan pelajar mampu memilikinya. Pihak sekolah wajar menyediakan program ini
untuk rujukan pelajar disemua pusat akses sekolah. Bank soalan dengan lebih dari 65,000
soalan membolehkan pelajar membuat latih-tubi secara berterusan.
Kementerian Pelajaran perlu menilai kewajaran penggunaan portal ini bagi membantu pelajar dan
guru di sekolah"
PROF MADYA DATO. DR. ABD RAHMAN DAUD
Pensyarah Kanan Teknologi Pendidikan , UPSI
dan Bekas Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB)