Pakej Istimewa Pembelajaran dan Penilaian Online

Online UPSR, SPM and PMR trial Exam

Testimoni Pelajar:
Lihat kesemua Testimoni
klik disini

Testimoni Ibubapa & Guru:
Lihat kesemua Testimoni
klik disini

Quote:

 

Testimoni Pelajar


"Saya akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2008. Peperiksaan adalah sesuatu yang amat menakutkan setiap pelajar terutamanya jika kita tidak bersedia. Saya menggunakan Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My hampir setiap hari. Kelebihan portal ini ialah mengandungi kedua-dua jenis soalan objektif dan subjektif yang tidak boleh diperolehi melalui portal lain. Skima jawapan yang disediakan memudahkan saya melatih diri menjawab dengan cara yang betul seperti dikehendaki.

Pembelajaran secara online sungguh mudah dan berkesan. Rekod pencapaian saya sentiasa dikemaskini sepanjang masa melalui e-kad laporan secara automatik. Kelemahan saya dalam topik tertentu dapat dikesan dengan mudah dan langkah-langkah mengatasinya melalui latihan topikal dan ujian penilaian dalam talian dapat dibuat dengan cepat.

Saya tidak menghadapi masalah untuk memahami subjek Science dan Mathematics yang diajar oleh guru dalam kelas walau pun ia dalam Bahasa Inggeris kerana saya sentiasa membuat persediaan awal melalui nota dalam talian yang begitu lengkap dan menarik. Saya tidak perlu membuat nota tambahan kerana nota-nota tersebut boleh dicetak pada bila-bila masa. Tiada tekanan mental semasa belajar.Saya rasa selesa dengan kaedah pembelajaran secara online ini.

Selain dari saya, kakak saya Noor Sabariah yang akan menduduki peperiksaan SPM hujung tahun 2007 ini turut menggunakannya.

Kami berterima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang begitu perihatin dan sudi melanggan pakej ini untuk membantu kami. Pada saya setiap ibu bapa perlu memikirkan perkara secara serius"

Muhammad Hakim Azmi
Pelajar Tingkatan 2
Victoria Institution, Kuala Lumpur

"Penggunaan portal ini sungguh menjimatkan wang, masa dan dapat meningkatkan penguasaan subjek dalam masa yang singkat. Setiap kali membuat latihan dan melihat pencapaian dalam e-report card, keyakinan diri saya meningkat. Saya sarankan program ini digunakan oleh semua pelajar. Yuran langganannya amat rendah dan mampu ditanggung oleh penganjur "

Marina Bt Mohd Hanafiah
SMK Taman Keramat, Kuala Lumpur

"Saya suka program ini. Bila saya belajar emak saya duduk di sebelah melihat latihan yang saya buat. Saya tidak mengantuk dan sentiasa rasa seronok. Program ini sangat baik untuk pelajar yang sederhana seperti saya. Bahasa Inggeris saya bertambah baik. Matematik yang dahulu saya kurang berminat kini adalah subjek kegemaran saya. Bila kita telah menguasai subjek itu, memanglah kita akan suka"

Mohamad Ahnaf Syahmi B. Dzulkifli
SK Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur

"Kadang-kadang bila menjawab soalan kita kurang jelas jelas mengapa kita pilih jawapan tersebut. Dalam portal ini setiap jawapan betul ada penjelasan ringkas seolah-olah tips diberi oleh guru. Saya paling menggemari nota ringkas tetapi lengkap. Kalau setiap kali hendak menyemak fakta perlu buka buku teks kini masaalah itu sudah pasti tidak akan timbul lagi.Bagi saya portal yang sebegini baik dan murah perlu dimiliki oleh setiap pelajar. Pada masa yang sama kemahiran menggunakan komputer akan turut meningkat"

Muhammad Hizamibin Zainuddin
SMK Darul Ehsan, Selayang, Selangor

"Saya berpendapat Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My ini sangat membantu saya didalam penyediaan saya menghadapi peperiksaan UPSR saya. Dengan selalu melakukan latihan bertubi, saya berharap dapat menambahkan persediaan saya menghadapinya nanti.

Bagi Battle of the Brains pula, soalan-soalan yang diberikan amat mencabar keupayaan saya dan saya ingin terus mengambil bahagian sekiranya diberikan peluang lagi."

Hariz Kamaruddin
Tempat ke-9 Battle of the Brains UPSR

"I like this program because it is complete and interactive. I feel like I am playing with a computer game. I do all exercises online and get the result on the spot. I don't have to keep record on my scores because all my result will be recorded automatically and to view its just go to e-report cards. Study is full of fun."


Ezekiel Jalin
SK Wangsa Maju, Kuala Lumpur

"Mudah, seronok, berkesan. Saya suka program ini untuk mengulangkaji pelajaran. Kita boleh pilih topik yang kita kurang faham dan buat latih-tubi secara online menggunakan bank soalan yang ada. Latih-tubi boleh dibuat di mana sahaja asalkan kita boleh akses kepada internet. Saya rasa dengan menggunakan program ini, belajar disaat-saat akhir menjelang peperiksaan bukanlah satu tekanan lagi kepada saya. Saya suka dan seronok menggunakan program ini"

Farhana Bt Safiruddin
SMK Setiawangsa, Kuala Lumpur

"Portal ini dapat membantu saya mengulangkaji pelajaran. Saya menghabiskan banyak masa membuat latihan dalam subjek Geografi. Bahan-bahan mengenai subjek tersebut begitu banyak dan menepati tersebut. Notanya pula begitu menarik dan mudah difahami. Inilah hebatnya pogram ICT seperti ini"


Zakaria Bin Patrum
Pelajar Tingkatan 2
SMK Victoria, Kuala Lumpur

"Saya amat suka program ini kerana terdapat nota ringkas yang mudah difahami dan bentuknya menarik. Setiap hati saya akan meneliti nota-nota tersebut sebelum ke sekolah. Subjek yang paling saya suka ialah matematik. Panduan penyelesaian yang disediakan jelas dan mudah difahami. Pelajaran saya meningkat secara mendadak sejak beberapa bulan selepas menggunakan portal ini. Saya pun jarang ke kelas tuisyen kerana kesuntukaan masa tetapi saya banyakkan membuat latihan secara online. Ramai kawan dalam kelas saya telah mula menggunakan portal yang sungguh berguna"

Ahmad Haryth Bin Ahmad Hilmi
Pelajar Tingkatan 2
SMK Victoria, Kuala Lumpur

"This program is great and enjoyable. Since I used this program at home I don't have to rely so much on my tuition classes. Sometimes I feel so tiring because after come back from school then I have to rush to my tuition class. Its so stressful. Now with this program I can do exercises for all my six major subjects at home. Just sit in front of my computer, access to the website, select subject and topics and then start doing exercise. I feel so relax and so motivated to study especially after checking my scores in the report card"

Eunice Jalin
SMK Zon R (U), Wangsa Maju, Kuala Lumpur

"Saya amat terkejut apabila mengetahui keputusan peperiksaan Battle of the Brains UPSR tersebut. Saya tidak menduga bahawa saya akan mendapat keputusan seperti itu kerana terdapat beberapa kesilapan yang telah saya lakukan. Tambahan pula, di luar sana ramai rakan-rakan yang berkebolehan. Bagi saya, soalan-soalan tersebut mencabar terutamanya subjek Sains.

Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My ini telah dapat membantu saya menguasai sesuatu subjek. Tambahan pula saya dapat mencuba pelbagai tahap soalan."

Nor Alia Hazwa binti Mohd Azhar
Tempat Pertama Battle of The Brains UPSR

"Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My memang membantu saya belajar dengan baik kerana saya dapat mengulangkaji dengan lebih sistematik dan berkesan. Battle of the Brains yang saya sertai pula sangat mencabar minda. Saya ingin menggalakkan rakan-rakan yang lain mengikuti pakej ini dari awal lagi kerana ia dapat membaiki kelemahan dalam mata pelajaran."

Fatin Khalidah
Tempat ke-3 Battle of the Brains UPSR

"Pakej ini dapat membantu saya untuk membuat ulang kaji dengan lebih baik, menarik dan tidak membosankan.

Pakej ini juga membolehkan ibubapa saya melihat prestasi pencapaian setiap matapelajaran yang saya buat. Pakej ini juga membolehkan saya meningkatkan kemahiran untuk menggunakan komputer dengan lebih baik lagi.

Mengenai tahap soalan Battle of the brains, saya dapati soalan pada set pertama agak susah sedikit berbanding dengan set yang kedua. Namun saya amat gembira kerana ada beberapa soalan yang terdapat dalam ujian tersebut belum pernah diberikan oleh guru atau mana-mana soalan latihan dalam buku yang saya buat. Ini membuka minda saya untuk menyiapkan diri dengan lengkap lagi ke arah persediaan menjelang UPSR 2007 yang hanya tinggal 69 hari lagi.

Justeru, saya berharap pihak tutor dapat mengadakan lebih banyak sesi ujian percubaan online untuk saya dan rakan-rakan yang akan mengambil UPSR tahun ini."

Nur Adnin Shereen binti A.Halim
Tempat ke-5 Battle of the Brains UPSR

"Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My serba sedikit dapat membantu anak saya belajar dengan baik. Saya percaya jika beliau rajin mengulangkaji dan membuat soalan yang terdapat dalam pakej tersebut, prestasinya akan meningkat keseluruhannya. Pakej ini meliputi keseluruhan subjek yang terdapat dalam peperiksaan. Pakej ini juga dapat membantu dan menguji setakat mana pemahaman yang diperolehi pelajar dalam merialisasikan kejayaan yang cemerlang.

Soalan-soalan Battle of the Brains amat mencabar secara keseluruhannya. Saya juga ingin mencadangkan lebih banyak Battle of the Brains dijalankan untuk mengukur persediaan pelajar sebelum peperiksaan sebenar."

Amsyar Arif Bukhary
Tempat ke-16 Battle of The Brains UPSR

 


Laman Utama - tutor.com.my - KTU Cyber Club - KTU Cyber Guru - Produk Kami
Profil Kami - Galeri KTU - Berita KTU - Hubungi Kami

Copyright © 2007 KTU Dotcom Sdn. Bhd. All rights reserved.

PENAFIAN :
KTU Dotcom Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul kerana penggunaan maklumat yang terdapat dalam website ini.

design & developement by Interactive Solutions House